Penerbangan Apa Yang Paling OK?

Pilihan jenis penerbangan juga antara yang penting untuk diambil kira oleh bakal jemaah yang ingin ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Mengikut pengalaman kami dalam mengendalikan dan menguruskan tempahan penerbangan untuk bakal jemaah, kami dapati ada jemaah yang tidak berapa kisah atau tidak mengambil penting dalam pemilihan jenis penerbangan ini.

“Alaaa, takpe la… kapal mana-mana pun sama. Asalkan sampai.”

Mereka tak kisah naik pesawat apa pun.

Tapi, apabila hari keberangkatan dah semakin hampir atau sudah berangkat ke tanah suci, mereka hubungi kami dan merayu supaya ditukar flight yang mereka telah tempat kepada flight yang lain.

Tidak selesa, penat dan macam-macam alasan lagi.

Adakah boleh ditukar seperti itu?

Jawapannya ia sangat sukar dan perlu tambahan kos bagi buat pertukaran.

Maka sebab itu, menjadi kewajiban untuk kami untuk berikan penerangan sebaik mungkin kepada bakal jemaah sebelum mereka mendaftar mana-mana pakej umrah yang ditawarkan.

Tak Semua Pakej Sesuai Untuk Kita.

Ya, tak semua pakej yang ditawarkan sesuai dengan KEPERLUAN dan KEMAMPUAN kita.

Di tempat kami, team yang bertugas untuk menguruskan tempahan pakej yang dipilih oleh pelanggan, diwajibkan untuk berikan penerangan sebaik mungkin, sedetail mungkin walaupun tidak ditanya oleh bakal jemaah.

Tugas kami hanya menerangkan dan memberikan solusi yang terbaik bagi setiap masalah yang diceritakan oleh bakal jemaah.

Sebagai contoh,

Ada di antara mereka yang membawa ibu atau ayah yang sudah uzur. Sakit utut dan tidak boleh berjalan jauh, maka kami akan berikan solusi supaya pakej penerbangan yang diambil oleh mereka mestilah penerbangan yang ada menawarkan seat yang dekat dengan pintu masuk, tidak ada tangga yang tinggi untuk dipanjat dan penerbangan yang ada menawarkan upgrade tempat duduk dengan harga yang terjangkau.

Semuanya perlu dijelaskan dengan baik supaya bakal jemaah faham yang akhirnya dapat membantu mereka dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Anda boleh tonton video di bawah yang disampaikan oleh Hj.Abduh Nursalam mengenai pemilihan jenis penerbangan ini.

Kongsikan dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *