Peluang Hanya Datang Sekali

Dah hampir 2 minggu jemaah-jemaah dari seluruh negara tak dapat berangkat ke tanah suci disebabkan visa umrah dan visa pelancong yang digantung oleh Arab Saudi akibat isu wabak COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia. 

Sampai bila?

Kami sendiri masih belum tahu secara pasti lagi sampai bila, walaupun banyak andaian dan spekulasi yang dikeluarkan oleh media-media tempatan. 

Walaubagaimanapun, kita tunggu saja notis rasmi yang akan dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi mengenai perkembangan terkini. 

Dalam tulisan kali ini, kami ingin mengajak kita semua untuk bersama-sama muhasabah mengenai PELUANG KE TANAH SUCI yang mungkin akan diperolehi oleh salah seorang daripada kita untuk ke sekian kalinya nanti.

Tak tahu bila. Mungkin kita akan dapat pergi haji tahun ke… 

pergi umrah akhir tahun ni atau tahun depan ke… Tak tahu bila

Bila dapat peluang nanti, buat ibadah di tanah suci sebanyak mungkin dan sebaik mungkin. Dan pelihara haji atau umrah yang dikerjakan. 

Sebab apa? 

Sebab kadang-kadang peluang itu cuma datang sekali sahaja. 

Nak pergi sekali lagi entah mampu, entah sihat, entah waktu tu Mekah dah tak boleh dikunjungi seperti mana yang berlaku hari ini. Kita tak tahu bagaimana keadaan diri kita di masa akan datang. 

Oleh itu bersyukur dan manfaatkan peluang sebaik mungkin bila Allah beri peluang. 

Oh ya, kami dah siapkan satu video yang saya ambil semasa majlis Kesyukuran Jemaah Haji 1440H musim haji tahun lepas. 

Dalam video ini Pengarah Operasi (PJH) TH sendiri yang memberikan nasihat kepada ratusan jemaah haji yang hadir pada malam tu. 

Tonton dan share video ni kepada kawan-kawan yang akan berangkat haji tahun ni ye.

Semoga kita dan mereka dapat ambil nasihat ini sebagai panduan. 🙂

Kongsikan dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *