10 Tips Membersihkan Diri Semasa Berada di Mina

Pada penulisan kali ini, admin akan kongsikan beberapa tips membersihkan diri ketika jemaah haji berada di mina.

Seperti yang kita tahu, bermalam dimina adalah salah satu daripada wajib haji.Jadi semua Jemaah haji mesti dan wajib untuk bermalam di mina pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.Jika anda tidak melaksanakan salah satu dari wajib haji ini, maka anda perlulah membayar dam bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Mina

Mina adalah satu kawasan lapang yang dipenuhi dengan khemah untuk Jemaah haji berehat dan berteduh.Disitu juga ada disediakan tandas untuk kemudahan semua para Jemaah haji.Jadi apa yang admin hendak kongsikan ialah bagaimanakah cara para Jemaah haji ingin membersihkan diri ketika berada di mina.1. Mandi pada jam 1 pagi atau sebelum jam 3 pagi. Ini kerana Jemaah kurang pada waktu ini. Ramai yang masih tidur dan berehat.2. Elakkan mandi pada waktu siang kerana cuaca agak panas dan dikhuatiri Jemaah boleh demam.3. Masukkan alat mandi atau kelengkapan mandi didalam beg kecil ataupun dikenali sebagai ‘toiletries bag’ bagi memudahkan Jemaah haji bawa dan mudah digantung didalam tandas.4. Tidak perlu membasuh pakaian , tudung, telekung dan sebagainya kerana tandas adalah terhad dan mempunyai ramai pengguna.5. Beratur mengikut giliran. Semua ingin menggunakan tandas, jika anda beratur dengan tertib, ia akan memudahkan Jemaah haji yang lain termasuk anda sendiri.6. Sentiasa menutup aurat kerana laluan pada khemah anda itu juga laluan utk jemaah haji lelaki dan wanita.7. Jangan mengambil masa yang lama di dalam tandas. Cukup sekadar melepaskan hajat kerana ramai lagi Jemaah haji yang lain yang sedang menunggu giliran.8. Pastikan botol spray wuduk sentiasa bersama anda terutama ketika berada di dalam khemah. Ia bertujuan untuk memudahkan anda mengambil wudhu yang baru.9. Jika anda tidak tahan mahu membuang air besar atau kecil, nyatakan dengan sopan dan minta izin untuk memotong giliran. Jangan terus berlari atau menolak jemaah haji lain untuk masuk ke dalam tandas.10. Akhir sekali elakkan makan makanan yang pedas, masam dan makanan yang alah kepada perut sepanjang di Arafah serta Mina. Ini kerana untuk memudahkan ibadah anda dan untuk mengelakkan perut anda ‘meragam’ dan anda hilang fokus dalam melaksanakan ibadah haji.Sekian perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

Kongsikan dengan rakan anda:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *